Sunday, February 20, 2011

Titipan Buat Wanita :')



Kepadamu wanita, agar dikau bahagia:)

Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.

1. Tidak ada kecantikan bg seorg wanita, tiada pula keindahan,harga diri dan kedudukan kecuali beriman kpd Allah Taala.  Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dialah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan di sisi Rabb-Nya.

2. Jadikanlah dirimu itu spt sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.

3. Ucapanmu adlh zikir, pandanganmu melahirkan pengajaran dan diammu adlh brfikir. Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu.

4. Tidurlah berbantalkan curahan doa org2 mukmin. Bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasihnya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

5. Jadilah wanita yg bermaruah,yg punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb. Lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.



No comments:

Post a Comment